-->

CREW B | KENINGAU

"KINI BERPENGAKAP TERUS BERPENGAKAP" BERKHIDMAT,"

Website Designer: fazuanminin@programmer.net
e-mail: scout-crewb@fastservice.com
  • Home
  • About
    • Dropdown test
    • Dropdown test
      • Dropdown test
      • Dropdown test
        • Dropdown test
      • Dropdown test
    • Dropdown test
  • Colors
    • YELLOW SKIN
    • RED SKIN
    • BLUE SKIN
  • Functions
    • Fullwidth Page
    • HTML Test Page
    • Gallery
      • Gallery w/ sidebar
      • Gallery Fullwidth
    • Portfolio
      • Portfolio w/ sidebar
      • Portfolio Fullwidth
    • Custom Widgets
  • Blog
  • Contact
/ CREW B /
Biarpun Pelbagai sudut,Kami Hanyalah Satu!
  • / Web Design/
    1000s of Images In My Mind
  • / PAKAIAN KELANA/
    Pakaian Kelana untuk Lelaki
  • / PAKAIAN KELANA/
    Pakaian Kelana untuk Perempuan
  • / PERSETIAN PENGAKAP/
    Crew B Keningau
  • / Pengakap Raja/
    Tahniah!di ucapkan
  • / PERJALANAN JAUH/
    Senantiasa Sedia Berkhidmat
  • / Branding/
    Crew Website
  • / CREW B 2012-2013/
    Crew B senantiasa buat yang terbaik
  • / Permohonan Kemasukan/
    Crew B senantiasa membuka pendaftaran Keahlian
  • / Web Design/
    Fazuanminin@programmer.com
round minus
  • img
    / Web Design /
    1000s of Images In My Mind
  • img
    / Print Design /
    Victor and his Last Shot
  • img
    / Corporate Identity /
    Pssst - Don't talk, the wall's are thin
  • img
    / Advertising /
    My New Buddy Is a DJ
  • img
    / Print Design /
    Pure And Clear Diamond
  • img
    / Advertising /
    My New Ride
  • img
    / Branding /
    Underground Scene
  • img
    / PERJALANAN SEIRING/
    Crew B senantiasa buat yang terbaik!
  • img
    / Print Design /
    Riders on The Storm
  • img
    / Web Design /
    Rock'n'rolla
round plus
TERIMA KASIH KESUDIAN ANDA UNTUK BERKUNJUNG WEBSITE UTAMA CREW KELANA B DAERAH KENINGAU.INFO-INFO PENTING KAMI SALURKAN MELALUI MEDIA MASSA YANG TERKINI..KUNJUNGILAH KAMI SENANTIASA.TERBAIK!.

Thursday, 20 December 2012

Pesanan Terakhir Robert Baden Powell


Pengakap-pengakap yang dikasihi,
Jika kamu pernah menyaksikan drama peter pan,tentulah kamu masih ingat bagaimana ketua lanun sentiasa memberi ucapannya yang terakhir kerana dia bimbang tidak sempat hendak mengeluarkan segala isi hatinya apabila dia mati. Begitulah juga halnya dengan saya. Walaupun saya belum sampai ke ambang maut, suatu hari nanti pasti saya akan mati. Jadi inginlah saya mengucapkan kata-kata perpisahan yang akhir kepada kamu semua.
Ingatlah, ini adalah kata-kata terakhir yang kamu dengar dari saya. Jadi cubalah fahami dan fikirkan sebaik-baiknya. Saya telah melalui kehidupan yang paling meriah dan saya mahu tiap orang daripada kamu juga melalui kehidupan yang sama meriahnya.
Saya percaya Tuhan telah menempatkan kita di dunia yang meriah ini supaya kita gembira dan menikmati hidup. Kegembiraan bukanlah datang dari kekayaan mahupun kejayaan dalam hidup atau sebarang kesukaan kamu sendiri. Satu langkah menuju kepada kegembiraan hidup ialah dengan menjadikan diri kamu sihat dan kuat semasa kamu masih budak, supaya kamu boleh menjadi orang yang berguna dengan itu dapat menikmati kehidupan apabila kamu dewasa kelak.
Mempelajari alam semula jadi akan menunjukkan kepada kamu betapa indah dan ajaibnya benda-benda yang dijadikan Tuhan di dunia ini untuk kamu nikmati. Bersyukurlah dengan apa yang ada pada kamu dan gunakanlah segalanya dengan sebaik-baiknya. Pandanglah ke bahagian yang baik dalam sesuatu perkara dan bukanlah ke bahagian buruknya.
Tetapi cara yang lebih tepat untuk mendapatkan kegembiraan ialah dengan memberi kegembiraan kepada orang lain. Cuba tinggalkan dunia ini dalam keadaan yang lebih baik sedikit daripada masa kamu melihatnya, dan apabila sampai giliran kamu mati, kamu boleh menutup mata dengan senang hati kerana menyedari bahawa sekurang-kurangnya kamu tidak membuang masa tetapi telah berbuat sesuatu dengan sehabis baik.
“Selalu Sedia” dengan cara ini, untuk hidup dan mati dalam keadaan yang menggembirakan. Sentiasalah berpegang kepada Persetiaan Pengakap-walaupun setelah kamu bukan budak lagi-dan Tuhan akan menolong kamu berbuat demikian.

-sahabat kau,
Baden-Powell of Gilwell

Syarat Keahlian Pengakap Kelana


Syarat Keahlian Pengakap Kelana B Keningau,Sabah
  • Melengkapkan borang keahlian.
  • Permohonan dipersetujui oleh Ketua Kelana dan diterima ahli-ahli pasukan.
  • Mencapai peringkat umur 17 1/2 hingga ke atas.
  • Mengetahui rukun agama setaraf dengan usianya.
  • beragama
  • warganegara Malaysia
  • Tidak mengira warna kulit

Apa itu Pengakap Kelana?


Pengakap Kelana adalah kumpulan Pengakap bahagian dewasa di bawah Persekutuan Pengakap Malaysia, terbuka kepada belia yang berusia diantara umur 17 tahun setengah hingga 25 tahun. Pengakap Kelana memberikan keseronokan, mewujudkan persahabatan dan menawarkan aktiviti yang menarik kepada semua belia yang menyertainya. Aktiviti-aktiviti Pengakap Kelana dijalankan bersama ahli-ahli yang mempunyai persefahaman dan aktif di dalam satu kumpulan yang dinamakan sebagai Krew Pengakap Kelana.
Program Latihan Pengakap Kelana menawarkan aktiviti dan keseronokan diserata dunia daripada segi cabaran fizikal dan mental. Ia juga memberi peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat luar serta menyediakan peluang untuk melancong di dalam Malaysia dan juga ke luar negara. Ahli -ahli Krew Pengakap Kelana akan diberi tugas untuk menguruskan Krew sendiri dan memastikan program Latihan Pengakap Kelana dilaksanakan.
Menyertai Krew Pengakap Kelana adalah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup anda. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan.

SEJARAH RINGKAS PENGAKAP KELANA
Pengakap Kelana telah diwujudkan kerana terdapat permintaan untuk penubuhannya oleh para belia. Sebenarnya, Pengakap bermula sebagai persediaan pengalaman dalam latihan kepimpinan dan sebagai anisiatif oleh Lord Baden-Powell ( BP ) untuk pengakap darat di India dan Afrika semasa zaman perang.
Selepas melalui Perang Boer di Afrika Selatan, BP telah menulis semula buku panduan latihan melalui pengalamannya untuk kanak-kanak lelaki dan bercadang untuk menggunakannya dalam organisasi yang wujud seperti Boys Brigade. Untuk menguji penyampaian idea di dalam buku tersebut, BP telah mengadakan satu Perkhemahan percubaan bersama 20 orang kanak-kanak lelaki di Pulau Brownsea, England pada 31 Julai hingga 9 Ogos 1907. Perkhemahan tersebut telah membuahkan kejayaan dan dipertimbangkan untuk menjadi permulaan kepada kegiatan berpengakap.
Buku panduan tersebut, yang kini bertajuk Scouting for boys telah diterbitkan pertama kalinya pada bulan Januari 1908. Buku tersebut mendapat sambutan daripda sebahagian kanak-kanak lelaki serta sebilangan kecil kanak-kanak perempuan dan segera meletakkan idea BP sebagai sesuatu yang amat praktikal dan sangat wajar. Mereka membentuk patrol mereka sendiri dan kemudian menyedari keperluan bantuan daripada golongan dewasa, lalu melantik ketua sendiri daripada kalangan dewasa.
Pergerakan Pengakap berkembang dengan cepat dari Britain ke negara-negara lain. Pengakap telah diwujukan di Malaysia pada tahun 1910, dua tahun selepas ia diasaskan di Britain. Pasukan Pengakap pertama di tubuhkan di Singapura pada tahun 1910 oleh seorang rakyat Inggeris yang bernama Frank Cooper Sands. Bermula dari situ, pergerakan pengakap berkembang ke Tanah Melayu.
Pada hari ini, pergerakan Pengakap telah kekal dan melebihi 200 buah negara di dunia dengan keahlian melebihi 28 juta orang. Tahun 1990 melihatkan kemunculan Pengakap di kebanyakkan negara Eropah Timur selepas terdapat jurang selama 40 tahun, sekali lagi Pengakap memaparkan Pengakap sebagai gerakan antarabangsa seluruh dunia.
Pengakap lama yang ingin terlibat semula dalam kegiatan-kegiatan Pengakap telah mencadangkan supaya ditubuhkan satu kumpulan bagi ahli dewasa yang bersesuaian dengan minat dan kebolehan mereka. Pada tahun 1917, Pengakap Kelana dengan rasminya dilancarkan di United Kingdom dengan nama Pengakap Dewasa. Walau bagaimanapun, pada 1918, nama ini telah ditukar kepada Rover Scouts atau Pengakap Kelana
Home
Subscribe to: Comments (Atom)
scout-crewb@fastservice.com. Powered by Blogger.

Photobucket Masa kini belum mempunyai sebarang info / Hebahan di salurkan.Terima Kasih.

:.PENGAKAP MALAYSIA.:

Photobucket

:.SEMBANG.:

Copyright © 2012 CREW B | KENINGAU.
Blogger Template by Clairvo